29 Mei 2010

Kepada pelajar-pelajar yang dikasihi,
Selamat menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010 semoga dapat menjawab semua soalan-soalan peperiksaan. Jangan lupa berdoa kepada yang Esa kerana Dialah yang menentukan segala keputusan peperiksaan itu.
Justeru, mata pelajaran Bahasa Melayu amat penting untuk pelajar-pelajar kuasai kerana kebolehan anda mengarang adalah terletak kepada keupayaan anda mengolah perkataan demi perkataan untuk menjadi ayat yang bermakna.
Sungguhpun begitu, jangan lupa kepada komponen sastera melayu terutamanya antologi dan novel pilihan. Kesungguhan anda menjiwai semua aspek sastera yang terdapat dalam komponen sastera {KOMSAS) dan novel, pasti membuatkan anda adalah seorang Melayu ynag menjiwai Bahasa Melayu sebenarnya.
Diharapkan anda berusaha untuk meningkatkan kecemerlangan diri.Semoga berjaya.

24 Mei 2010

03 Mei 2010

Asap - Mya Iza Azizan

1 Sajak ini menggambarkan

A bumi musnah disebabkan asap

B alam sekitar yang rosak kerana asap

C manusia berasa tidak selesa kerana adanya asap

D alam sekitar telah menjejaskan kesihatan manusia



tetapi bahangmu cukup

memusnahkan segala



2 Baris di atas membawa maksud

A asap menjadikan kehidupan berubah

B asap memberikan bahang yang cukup besar

C asap telah merosakkan semua kehidupan

D asap akan memusnahkan benda tertentu sahaja



3 Perulangan perkataan "asap" bagi permulaan rangkap merupakan

A simile

B anafora

C metafora

D personifikasi



4 Tema sajak ini ialah

A manusia berasa marah disebabkan wujudnya asap

B bahaya asap boleh emusnahkan alam sekitar

C asap bahan yang boleh menyusahkan kehidupan kita

D asap akan wujud sekiranya berlaku pencemaran alam



5 Pernyataan yang berikut merupakan persoalan sajak "Asap", kecuali

A asap menyebabkan kita berasa lemas

B asap boleh memusnahkan keidupan

C asap tidak dapat dikawal dengan mudah

D asap menyebabkan kita berasa tidak selesa

Diari Lama - SMahadzir

1Baris "tentang perjuangan - bertitis air mata" menunjukkan perjuangan perjuang tanah air dahulu
A melalui ranjau dan kesusahan.
B tidak semudah yang disangka.
C menerusi tangisan isteri perjuang.
D mengalir darah yang tidak henti-henti.


2 Semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat ditunjukkan menerusi
A riang di bawah naungan Raja.
B mengayun langkah penuh segak.
C perbarisan pada Hari Kebangsaan.
D perhimpunan di Dataran Merdeka.


3 Perjuangan "tak" dalam baris "namun tak sederas darah yang tertumpah" merupakan
A sinkope
B anafora
C metafora
D personifikasi


4 Sajak ini bertemakan
A keadilan
B patriotisme
C kesyukuran
D kasih sayang


5 Pernyataan yang berikut merupakan pengajaran sajak "Diari Lama", kecuali
A kita wajar gembira menyambut kemerdekaan negara.
B kita wajib memohon kemakmuran negara sampai bila-bila.
C kita perlu mengingati pejuang tanah air menuntut kemerdekaan.
D kita haruslah menyerahkan kemerdekaan kepada pucuk kepimpinan negara.

Hari Akhir Persekolahan - Ahmad Bakhtiar Abdul Mutalib

1 Apakah perasaan penyajak berpisah dengan orang yang rapat dengannya?
A Sedih
B Gembira
C Tertekan
D Terhibur

2 Mengapakah penyajak menganggap dirinya sudah "dewasa"?
A Menganggap sudah merdeka
B Telah mendengar pesanan guru
C Sudah menamatkan alam persekolahan
D Berpelukan dengan rakan sebelum berpisah

3 Frasa mata batin merupakan kiasan terhadap sesuatu. Penggunaan kiasan yang kurang jelas ini dipanggil
A simile
B anafora
C aliterasi
D metafora

ada air jernih
yang tumpah
dalam dakapan perpisahan
4 Nilai murni yang diperoleh daripada baris di atas ialah
A rasional
B kesyukuran
C kasih sayang
D kesederhanaan

5 Pernyataan yang berikut merupakan pengajaran yang diperoleh menerusi sajak "Hari Ahir Persekolahan", kecuali
A kita perlu gigih menuntut ilmu
B kita sewajarnya merdeka di sekolah
C kita hendaklah mendengar nasihat guru
D kita haruslah cekal menghadapi perpisahan

18 April 2010

Jangan - Sulastri Abadi

Jawab soalan-soalan berikut.
1. Penyajak tidak mahu anaknya dibawa pergi kerana
A dia mengasihi anaknya
B anaknya belum cukup dewasa
C akan hilang tempat bergantung
D bimbang terjadi sesuatu yang buruk

2. Apakah yang penyajak lakukan sekiranya anaknya dibawa pergi?
A Menyerahkan kepada takdir
B Akan dicari sehingga bertemua semula
C Yakin anaknya akan kembali dengan rela hati
D Memujuk kekasih anaknya mengembalikan anaknya semula

3 Perkataan "ku" bagi baris "Jangan bawa pergi, anakku!" merupakan
A perlambangan
B metafora
C sinkope
D simile

4. Nilai murni sajak ini menekankan aspek
A keyakinan
B kasih sayang
C tanggungjawab
D semangat bermasyarakat

5 Pernyataan yang berikut merupakan persoalan sajak "Jangan" , kecuali
A anak di anggap permata bagi seorang ibu
B sikap seorang ibu yang tidakan mahu berpisah dengan anaknya
C kasih seorang ibu lebih tinggi berbanding kasih seorang ayah
D sikap anak muda yang suka melarikan diri demi kekasih hati

Lebah dan Madu - Siti Zaleha M. Hashim

Jawab soalan-soalan berikut.
1. Siapakah yang menyusun pentadbiran lebah?
A Ratu
B Pekerja
C Manusia
D Lebah jantan

2. Nyatakan tujuan lebah membuat sarang di dahan pohon tualang?
A Menyimpan madu
B Tempat berehat
C Menunjukkan kemahiran
D Berkumpul sesama serangga

3. Penggunaan perkataan "kau" dalam baris "kau membuat aku sedar" merupakan
A sinkope
B anafora
C metafora
D personifikasi

serangga yang cergas
sentiasa hidup sepakat
sikap yang terpuji
4. Nilai yang ditunjukkan dalam baris di atas ialah
A baik hati
B keprihatinan
C bekerjasama
D bertanggungjawab

5. Pernyataan yang berikut merupakan persoalan sajak " Lebah dan Madu", kecuali ...
A lebah bersama-sama membuat sarang
B lebah membuat sarang dengan cepat
C jasa lebah menghasilkan madu
D lebah tidak merungut berbakti

27 Mac 2010

26 Mac 2010

Kita Kian Lupa - Zulfazlan Jumrah




1 Penyajak mengingatkan kita apabila diri dilimpahi kemewahan, jangan lupa
  • A asal usul bangs
  • B azab seka di neraka
  • C nenek moyang dahulu
  • D tingkah laku berbudi bahasa
2 Mengapakah kita boleh melupakan azab yang akan dilalui di akhirat kelak?
  • A Merasai nikmat hidup di dunia
  • B Setelah diri dikurniakan kemewahan
  • C Dugaan kemewahan yang berlebihan
  • D Kegembiraan yang tidak dapat dikawal
3 Perulangan perkataan 'kian' dalam permulaan bari pertama, kedua, dan ketiga merupakan
  • A personifikasi
  • B metafora
  • C anafora
  • D inversi
4 Penyatan yang berikut merupakan pengajaran daripada sajak "Kian Kita Lupa" kecuali
  • A Kita jangan mempunyai sikap lupa asal usul bangsa apabila diri dilimpahi kemewahan.
  • B Kita tidak wajar bersikap riak menyebabkan kita melupai asal usul bangsa.
  • C Kita haruslah berasa kesal apabila ditimpa kesedihan.
  • D Kita perlu menolak kemewahan tiada batasan.
5 Sajak ini membawa tema
  • A manusia lupa asal usul bangsa apabila dalam kemewahan.
  • B kurniaan Tuhan menyebabkan lupa azab di neraka.
  • C berasa menyesal apabila ditimpa kesusahan.
  • D sikap riak menyusahkan diri sendiri.

Sajak

Tiada definisi umum tentang puisi moden (sajak). Namun begitu beberapa penyair, pemikir dan ahli cendekiawan mentafsirkan puisi seperti yang berikut:

"Karangan berangkap khas dipakai untuk idea yang baik, bahasa yang indah dan melukiskan kemanisan dan kecantikan bahasa. Maka dengan gambaran yang cantik ini, perkara tersebut akan menjadi bertambah menarik kepada hati orang yang mendengarnya"
(Za'aba 1962: 218)

"... bentuk pengucapan bahasa dalam susunan yang istimewa berbanding dengan pengucapan biasa seperti yang digunakan dalam pertuturan sehari-hari"
(Harun Mat Piah 1989:1)

Ciri-ciri umum sajak :
  • Puisi moden Melayu
  • Sajak mengandungi pemikiran, pandangan hidup dan beberapa aspek kehidupan
  • Bebas dan tidak terikat bentuknya namun ada juga sajak yang terikat bentuknya
Sajak biasanya disampaikan dalam bentuk bertulis atau berimej dan ia dapat dihayati, dilihat dan didengar. Sajak dapat membina imej mengikut fahaman penulis dan audien. Oleh itu sajak boleh dikenali imejnya secara luaran (bentuk) atau aspek dalaman (isi dan mesej).


Sajak Terikat

Sajak terikat ditentukan oleh jumlah kata, baris, rangkap, bait, dan bunyi pada hujung baris. Jika binaan itu mempunyai keseimbangan, ia disebut sajak terikat. Jenia sajak mengikut bentuk boleh dikategorikan kepada beberpa jenis.

  • Pola 2 baris serangkap (distikhon)
  • Pola 3 baris serangkap (terzina)
  • Pola 4 baris serangkap (kuatren)
  • Pola 5 baris serangkap (quintain)
  • Pola 6 baris serangkap (sextet)
  • Pola 7 baris serangkap (septet)
  • Pola 8 baris serangkap (oktaf)


Sajak Bebas

Teknik penulisan yang tidak mengikut pola tertentu sama ada dari segi jumlah perkataan dalam baris, jumlah baris dalam rangkap dan skema rimanya. Kebanyakan sajak yang dimuatkan dalam teks Komsas ialah sajak bentuk bebas.



Komponen sajak terbahagi kepada beberapa komponen, antaranya:

  • Tema

- Persoalan pokok karya, idea utama atau idea pusat. Pemikiran penyajak dapat dilihat dalam tema, persoalan, mesej, nada dan sikapnya melalui bahasa yang digunakan. Antara tema yang digunakan ialah tema perjuangan, alam, falsafah, ketuhanan dan kemanusiaan.

  • Persoalan

- Perkara atau agenda yang dibicarakan oleh pengarang bagi menguatkan maksud tema dalam sesebuah karya.

  • Gaya Bahasa

- Terdiri daripada dua aspek iaitu unsur bahasa dan unsur bunyi. Unsur bahasa terdiri daripada metafora , simile, personifikasi, hiperbola, simbolik, anafora, epifora, paradoks, dan elepsis.

- Unsur bunyi terdiri daripada aliterasi dan asonansi.

  • Mesej

- Pemikiran atau gagasan yang menjadi sesebuah karya, iaitu perutusan yang ingin disampaikan oleh pengarang kepada pembaca. Mesej boleh disampaikan secara tersurat atau tersirat.

25 Mac 2010

'Kebahagian tercipta kerana kita berusaha ke arahnya'

21 Mac 2010

Realiti

Realiti
kehidupan tanpa sempadan jiwa
kehidupan mengharungi diri
halangan
kemesraan
kekalutan
menghantui diari kehidupan
perjalanan menyusuri masa silam.

Realiti kemanisan
nostalgia rindu mengimbau
kenangan disayangi
kenangan dihargai
kenangan disanjungi
lurus tanpa liku
kehidupan kebahagiaan melingkari diri.

Realiti kepahitan
nostalgia diri dicemari
kenangan dikasari
kenangan dipinggiri
kehidupan ranjau penuh onak dan duri
luntur sudah harapan
luntur sudah harga diri
itulah realiti.

Realiti
kemanisan
kepahitan
mengajar diri mengenang masa silam
mengajar diri mengharungi masa depan
bersyukurlah
nyawa terus dipanjangkan Ilahi.


Halijah - KL 2009

Kerana Kau

Kerana kau seorang pelajar
masih di bangku sekolah
kau diherdik kata-kata kesat
oleh kerana tidak berbaris
ketika menaiki bas.

Kerana kau seorang teruna
matang serta mampu berfikir
kau tidak diapa-apakan
sungguhpun menconteng dinding
di papan tanda larangan.

Kerana kau seorang perawan
punyai sekuntum senyuman
liuk pinggul menggetar jiwa
amat mudah dihulur bantuan
sungguhpun sebuah buku cuma.

Kerana kau seorang pengemis
baju compang-camping tidak terurus
langau dan lalat menghurungi
jatuh dan bangun
makan dan minum
engkau sendiri
menyusuri jalan hidup kendiri.

Kerana kau

semua kehidupan ini berbeza
harungilah hidup ini sebaiknya.

Coretan

Adakah anda berminat menulis sajak? Jika berminat, bersedialah untuk menulisnya atau jika anda sudah menulisnya, teruskanlah kegiatan anda itu.
Bersajak ialah berbahasa dengan memberatkan seni. Justeru, pengetahuan tentang teknik dan gaya bahasa amat berguna untuk seseorang menghasilkan karya yang baik dan berkesan. Jika anda tidak memahami konsep teknik dan gaya bahasa, anda tidak dapat melihat kelebihan dan kelemahan karya anda secara ilmiah.
Oleh itu, saranan yang baik untuk anda ialah bacalah sajak-sajak yang telah ditulis oleh sasterawan-sasterawan Tanah Air kita sebagai panduan dan pedoman ke arah penghasilan sajak yang bermutu.

Sajak Yang Baik

1. Isi yang baik

  • adanya makna tambahan bagi isi permukaan
  • dapat memberi peluang yang luas untuk pembaca berkongsi pengalaman dengan penyajak

2. Teknik dan gaya yang baik

  • Penulis sajak yang berbakat dapat mengungkapkan peristiwa kecil menjadi besar
  • Penulis sajak mempunyai keupayaa menyarankan makna tambahan daripada peristiwa kecil.

Sajak Yang Lemah

1. Imej bercampur iaitu yang menimbulkan kekeliruan.

2. Gaya melankolik

  • gaya yang dipenuhi dengan emosi sedih.
  • cuba menarik simpati pembaca
  • sajak melankolik tidak memberi kepuasan kepada pembaca

3. Kata-kata bombastik

  • Kata-kata besar yang tidak sepadan dengan maksud