27 Mac 2010

26 Mac 2010

Kita Kian Lupa - Zulfazlan Jumrah




1 Penyajak mengingatkan kita apabila diri dilimpahi kemewahan, jangan lupa
  • A asal usul bangs
  • B azab seka di neraka
  • C nenek moyang dahulu
  • D tingkah laku berbudi bahasa
2 Mengapakah kita boleh melupakan azab yang akan dilalui di akhirat kelak?
  • A Merasai nikmat hidup di dunia
  • B Setelah diri dikurniakan kemewahan
  • C Dugaan kemewahan yang berlebihan
  • D Kegembiraan yang tidak dapat dikawal
3 Perulangan perkataan 'kian' dalam permulaan bari pertama, kedua, dan ketiga merupakan
  • A personifikasi
  • B metafora
  • C anafora
  • D inversi
4 Penyatan yang berikut merupakan pengajaran daripada sajak "Kian Kita Lupa" kecuali
  • A Kita jangan mempunyai sikap lupa asal usul bangsa apabila diri dilimpahi kemewahan.
  • B Kita tidak wajar bersikap riak menyebabkan kita melupai asal usul bangsa.
  • C Kita haruslah berasa kesal apabila ditimpa kesedihan.
  • D Kita perlu menolak kemewahan tiada batasan.
5 Sajak ini membawa tema
  • A manusia lupa asal usul bangsa apabila dalam kemewahan.
  • B kurniaan Tuhan menyebabkan lupa azab di neraka.
  • C berasa menyesal apabila ditimpa kesusahan.
  • D sikap riak menyusahkan diri sendiri.

Sajak

Tiada definisi umum tentang puisi moden (sajak). Namun begitu beberapa penyair, pemikir dan ahli cendekiawan mentafsirkan puisi seperti yang berikut:

"Karangan berangkap khas dipakai untuk idea yang baik, bahasa yang indah dan melukiskan kemanisan dan kecantikan bahasa. Maka dengan gambaran yang cantik ini, perkara tersebut akan menjadi bertambah menarik kepada hati orang yang mendengarnya"
(Za'aba 1962: 218)

"... bentuk pengucapan bahasa dalam susunan yang istimewa berbanding dengan pengucapan biasa seperti yang digunakan dalam pertuturan sehari-hari"
(Harun Mat Piah 1989:1)

Ciri-ciri umum sajak :
  • Puisi moden Melayu
  • Sajak mengandungi pemikiran, pandangan hidup dan beberapa aspek kehidupan
  • Bebas dan tidak terikat bentuknya namun ada juga sajak yang terikat bentuknya
Sajak biasanya disampaikan dalam bentuk bertulis atau berimej dan ia dapat dihayati, dilihat dan didengar. Sajak dapat membina imej mengikut fahaman penulis dan audien. Oleh itu sajak boleh dikenali imejnya secara luaran (bentuk) atau aspek dalaman (isi dan mesej).


Sajak Terikat

Sajak terikat ditentukan oleh jumlah kata, baris, rangkap, bait, dan bunyi pada hujung baris. Jika binaan itu mempunyai keseimbangan, ia disebut sajak terikat. Jenia sajak mengikut bentuk boleh dikategorikan kepada beberpa jenis.

  • Pola 2 baris serangkap (distikhon)
  • Pola 3 baris serangkap (terzina)
  • Pola 4 baris serangkap (kuatren)
  • Pola 5 baris serangkap (quintain)
  • Pola 6 baris serangkap (sextet)
  • Pola 7 baris serangkap (septet)
  • Pola 8 baris serangkap (oktaf)


Sajak Bebas

Teknik penulisan yang tidak mengikut pola tertentu sama ada dari segi jumlah perkataan dalam baris, jumlah baris dalam rangkap dan skema rimanya. Kebanyakan sajak yang dimuatkan dalam teks Komsas ialah sajak bentuk bebas.



Komponen sajak terbahagi kepada beberapa komponen, antaranya:

  • Tema

- Persoalan pokok karya, idea utama atau idea pusat. Pemikiran penyajak dapat dilihat dalam tema, persoalan, mesej, nada dan sikapnya melalui bahasa yang digunakan. Antara tema yang digunakan ialah tema perjuangan, alam, falsafah, ketuhanan dan kemanusiaan.

  • Persoalan

- Perkara atau agenda yang dibicarakan oleh pengarang bagi menguatkan maksud tema dalam sesebuah karya.

  • Gaya Bahasa

- Terdiri daripada dua aspek iaitu unsur bahasa dan unsur bunyi. Unsur bahasa terdiri daripada metafora , simile, personifikasi, hiperbola, simbolik, anafora, epifora, paradoks, dan elepsis.

- Unsur bunyi terdiri daripada aliterasi dan asonansi.

  • Mesej

- Pemikiran atau gagasan yang menjadi sesebuah karya, iaitu perutusan yang ingin disampaikan oleh pengarang kepada pembaca. Mesej boleh disampaikan secara tersurat atau tersirat.

25 Mac 2010

'Kebahagian tercipta kerana kita berusaha ke arahnya'

21 Mac 2010

Realiti

Realiti
kehidupan tanpa sempadan jiwa
kehidupan mengharungi diri
halangan
kemesraan
kekalutan
menghantui diari kehidupan
perjalanan menyusuri masa silam.

Realiti kemanisan
nostalgia rindu mengimbau
kenangan disayangi
kenangan dihargai
kenangan disanjungi
lurus tanpa liku
kehidupan kebahagiaan melingkari diri.

Realiti kepahitan
nostalgia diri dicemari
kenangan dikasari
kenangan dipinggiri
kehidupan ranjau penuh onak dan duri
luntur sudah harapan
luntur sudah harga diri
itulah realiti.

Realiti
kemanisan
kepahitan
mengajar diri mengenang masa silam
mengajar diri mengharungi masa depan
bersyukurlah
nyawa terus dipanjangkan Ilahi.


Halijah - KL 2009

Kerana Kau

Kerana kau seorang pelajar
masih di bangku sekolah
kau diherdik kata-kata kesat
oleh kerana tidak berbaris
ketika menaiki bas.

Kerana kau seorang teruna
matang serta mampu berfikir
kau tidak diapa-apakan
sungguhpun menconteng dinding
di papan tanda larangan.

Kerana kau seorang perawan
punyai sekuntum senyuman
liuk pinggul menggetar jiwa
amat mudah dihulur bantuan
sungguhpun sebuah buku cuma.

Kerana kau seorang pengemis
baju compang-camping tidak terurus
langau dan lalat menghurungi
jatuh dan bangun
makan dan minum
engkau sendiri
menyusuri jalan hidup kendiri.

Kerana kau

semua kehidupan ini berbeza
harungilah hidup ini sebaiknya.

Coretan

Adakah anda berminat menulis sajak? Jika berminat, bersedialah untuk menulisnya atau jika anda sudah menulisnya, teruskanlah kegiatan anda itu.
Bersajak ialah berbahasa dengan memberatkan seni. Justeru, pengetahuan tentang teknik dan gaya bahasa amat berguna untuk seseorang menghasilkan karya yang baik dan berkesan. Jika anda tidak memahami konsep teknik dan gaya bahasa, anda tidak dapat melihat kelebihan dan kelemahan karya anda secara ilmiah.
Oleh itu, saranan yang baik untuk anda ialah bacalah sajak-sajak yang telah ditulis oleh sasterawan-sasterawan Tanah Air kita sebagai panduan dan pedoman ke arah penghasilan sajak yang bermutu.

Sajak Yang Baik

1. Isi yang baik

  • adanya makna tambahan bagi isi permukaan
  • dapat memberi peluang yang luas untuk pembaca berkongsi pengalaman dengan penyajak

2. Teknik dan gaya yang baik

  • Penulis sajak yang berbakat dapat mengungkapkan peristiwa kecil menjadi besar
  • Penulis sajak mempunyai keupayaa menyarankan makna tambahan daripada peristiwa kecil.

Sajak Yang Lemah

1. Imej bercampur iaitu yang menimbulkan kekeliruan.

2. Gaya melankolik

  • gaya yang dipenuhi dengan emosi sedih.
  • cuba menarik simpati pembaca
  • sajak melankolik tidak memberi kepuasan kepada pembaca

3. Kata-kata bombastik

  • Kata-kata besar yang tidak sepadan dengan maksud