21 Mac 2010

Kerana Kau

Kerana kau seorang pelajar
masih di bangku sekolah
kau diherdik kata-kata kesat
oleh kerana tidak berbaris
ketika menaiki bas.

Kerana kau seorang teruna
matang serta mampu berfikir
kau tidak diapa-apakan
sungguhpun menconteng dinding
di papan tanda larangan.

Kerana kau seorang perawan
punyai sekuntum senyuman
liuk pinggul menggetar jiwa
amat mudah dihulur bantuan
sungguhpun sebuah buku cuma.

Kerana kau seorang pengemis
baju compang-camping tidak terurus
langau dan lalat menghurungi
jatuh dan bangun
makan dan minum
engkau sendiri
menyusuri jalan hidup kendiri.

Kerana kau

semua kehidupan ini berbeza
harungilah hidup ini sebaiknya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan